Sample Page Title

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan telah mula memainkan emosi rakyat Malaysia dengan menarik simpati mereka melalui kempen di media sosial.

Kempen yang paling banyak tersebar sekarang ialah menarik simpati rakyat atas kesukaran pemimpin-pemimpin kerajaan baharu menyelesaikan masalah pendapatan negara.

Sebilangan netizen telah nampak dan menjangkakan apa yang berlaku: Pakatan Harapan menggerakkan kempen supaya rakyat bersimpati dan tidak mendesak serta mengkritik kerajaan kalau janji 100 hari tidak terlaksana.

Cubaan mengelak daripada menggalas masalah inilah yang menyebabkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengatakan masalah dihadapi negara terlalu besar tetapi kemudian “u-turn” selepas melihat kesan buruk kenyataannya.

Pada masa yang sama, tentera-tentera siber PH di alam siber telah mula menyebarkan cerita-cerita emosi untuk mengalihkan sentimen yang telah dibina sejak berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan ini.

Mereka mula mengatakan yang hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut, sedangkan sebelum ini menjanjikan hutang PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diberikan.

Para cybertrooper ini bercerita tentang kenapa ramai orang muda yang rajin bercuti ke luar negara tetapi hutang belajar di universiti tidak sanggup dibayar dan mahu dilupuskan?

Ada juga daripada kalangan penyokong mereka yang mengatakan tidak perlu memansuhkan GST kerana mendakwa sebenarnya cukai ini tidak membebankan.


Sudah tentu hujah untuk mengekalkan GST ini tidak ada bezanya dengan hujah kerajaan Barisan Nasional dulu untuk memperkenalkan cukai yang efisyen ini.

Kalau kita melihat garis masa di Facebook, atau mesej-mesej yang sampai di WhatsApp, akan ada cerita-cerita emosi sebegini sampai kepada kita.

Khabarnya, ramai yang terkesan, tersentuh emosi apabila terbaca cerita Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak dan mengalirkan air mata apabila memikirkan kantung negara yang semakin tidak berisi, sedangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan bantuan BR1M sudah dijanjikan.

Cerita sebenarnya, detail teknikal dan situasi sebenar perbendaharaan pasti jauh berbeza daripada apa yang diolah untuk menjentik emosi ini, tetapi inilah yang mudah memberi kesan orang ramai.

Nampaknya, kerajaan baharu PH memang bersedia untuk mungkir janji dan telah bersedia dengan kempen media sosial mengalihkan kesalahan kepada kerajaan dahulu dan mengolah persetujuan rakyat supaya reda dengan sebarang tindakan kerajaan nanti. – Mynewshub.cc

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...