• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya ia memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Seperti yang digambarkan dalam lagu artis era tahun 1980-an dan 1990-an, Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala dalam lagunya berjudul ‘Diari YB’, itu adalah merupakan gambaran tugas sebenar yang terpaksa dilalui oleh seorang wakil rakyat dalam menjalankan tugas harian mereka.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata seorang wakil rakyat perlu mempunyai kekuatan mental bagi memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup dalam menghadapi tempoh berkempen sebelum hari pengundian pada 9 Mei nanti.

“Saya boleh bekerja kuat sepanjang hari namum saya perlu mengambil sedikit masa di celah-celah kesibukan bagi mendapat ketenangan minda agar sentiasa bersedia untuk menghadapi jadual kerja harian yang panjang. Namun, saya sanggup melakukannya demi berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra menemui peniaga sekitar Jalan Genuang, dekat sini, hari ini.

Turut sama menemani penyandang kerusi Parlimen Segamat selama tiga penggal itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. S. Umarani serta calon baharu Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Chiam Yok Meng.

Dr. Subramaniam berkata seorang wakil rakyat bukan hanya perlu bekerja kuat sebaliknya juga perlu mengorbankan masa rehat dan bersama keluarga bagi menunaikan khidmat mereka setelah diberi kepercayaan oleh pengundi dan pucuk pimpinan parti.

Ditanya pemberita mengenai jadual harian beliau sepanjang kempen PRU14, katanya setiap hari programnya bermula seawal jaml 6.30 pagi dengan bersenam bersama Kumpulan Tai Chi di Parlimen Segamat, diikuti dengan makan tengah hari bersama golongan muda atau persatuan masyarakat dan seterusnya ceramah di peringkat cawangan-cawangan UMNO pada sebelah petangnya.

Pada sebelah malamnya pula, Dr. Subramaniam akan mengikuti majlis ceramah bersama masyarakat Melayu, Cina dan India.

Beliau berkata jadual wakil rakyat tidak selesai sehingga jam 12 tengah malam, sebaliknya ia diteruskan dengan perbincangan dan mesyuarat sehingga awal pagi.

“Kadang-kadang saya hanya dapat rehat tiga atau empat jam sehari namun apa yang lebih penting bagi semua wakil rakyat BN adalah berkhidmat untuk rakyat tidak kira pada musim pilihan raya atau hari biasa,” katanya.

Dr. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada isteri dan keluarganya kerana faham tanggung jawab yang perlu dilakukan olehnya kepada rakyat.

“Isteri dan keluarga wakil rakyat akan faham tugas seorang wakil rakyat dan dapat menerima pengorbanan yang perlu dilakukan oleh mereka,” katanya.

Beliau dilihat antara wakil rakyat BN yang mudah didekati oleh rakyat, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai menteri, beliau sering turun padang bagi mendekati penduduk Segamat setiap hujung minggu. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

Johor, Selangor Dipilih Perintis Projek ENPHC

29/10/2017
0

SEGAMAT - Johor dan Selangor menjadi perintis projek Pengukuhan Penjagaan Kesihatan Primer (EnPHC) yang menyimpan rekod perubatan rakyat membabitkan 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd