• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebanyakan Jam Tangan ‘Rolex’ Dirampas Palsu

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA jam selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman, merampas wang tunai dan jam tangannya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba-tiba mendedahkan kebanyakan ‘jam tangan mewah’ yang dirampas adalah palsu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata kira-kira 14 jam tangan mewah berjenama Rolex miliknya merupakan barangan tiruan gred ‘triple’ A.

SPRM menyerbu sekurang-kurangnya tiga kediaman milik Abdul Azeez termasuk rumah di Subang, Selangor dan sebuah lagi rumah dan pejabatnya di Baling, Kedah.

Sumber berkata serbuan itu dikendalikan SPRM Putrajaya dengan dibantu pejabat agensi itu di Perlis.

Dalam serbuan itu wang tunai berjumlah RM500,000 turut dirampas selain RM400,000 mata wang pelbagai negara termasuk dolar Amerika Syarikat, pound British, euro, rupiah Indonesia, rufiyaa Maldives dan riyal Saudi.

Turut dirampas kira-kira 20 jam tangan dan beberapa barang kemas.

“Saya tak boleh tunjukkan sijil jam tangan itu kerana kebanyakannya adalah palsu. Saya membelinya kerana ia kelihatan cantik dan berkongsinya dengan anak lelaki saya.

“Sudah tentu, ada beberapa utas jam yang tulen. Saya bekerja selama lebih 30 tahun jadi sudah tentu saya mampu membeli beberapa utas jam tangan tulen,” kata Ahli Parlimen Baling itu. – mStar Online

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd