• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebajikan Warga PDRM Diberi Perhatian – Adly

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan memberi perhatian khusus kepada beberapa isu atau perkara yang dibangkitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memastikan kebajikan dan keselesaan mereka terbela.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata isu utama yang dibangkitkan berhubung balai polis yang beroperasi di premis yang disewa, pusat riadah anggota dan pegawai polis, pusat jagaan untuk anak-anak polis dan penyelenggaraan kuaters secara berkala.

“Saya mendapat maklumat terdapat tiga balai polis yang beroperasi di premis yang disewa iaitu Balai Polis Ayer Keroh, Tanjung Minyak dan Sungai Rambai dan situasi ini dilihat kurang sesuai terutama apabila lokasi berkenaan merupakan kawasan padat penduduk.

“Balai polis merupakan satu prasarana penting dalam institusi PDRM itu sendiri dan ia boleh memberi kesan pada anggota dan pegawai melaksanakan tugas dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas lawatan rasminya ke Ibupejabat Polis Kontijen Melaka di sini, hari ini.

Pada sesi lawatan itu, beliau turut meluangkan masa hampir satu jam bagi mendengar taklimat berhubung keselamatan negeri dan pencapaian PDRM Melaka dalam memerangi jenayah di negeri itu.

Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Abd Jalil Hassan dan Timbalannya, Datuk Sun Teoh Tia.

Adly berkata tiga lokasi atau tapak bagi pembinaan tiga balai polis berkenaan telah dikenal pasti dan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk mengusahakannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan keputusan sama ada untuk turut melaksanakan pemotongan 10 peratus daripada gaji pokok Ketua Menteri dan barisan Exco kerajaan negeri seperti mana yang akan dilaksanakan pada jemaah Menteri Kabinet baharu.

“Perkara ini masih dalam pertimbangan dan ia dijangka diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Lucah ‘Syafiq Kyle’ Untuk Dijual?

Next Post

Cadangan ‘Live’ Piala Dunia 2018 Ke Kabinet

Related Posts

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan Perkhidmatan

03/03/2020
0

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam. Adly...

Adly Enggan Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Melaka

03/03/2020
0

AYER KEROH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan...

Next Post

Cadangan 'Live' Piala Dunia 2018 Ke Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd