• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karier Masih Samar, Shaa Kembali Berniaga Murtabak

oleh
23/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK tidak mendapat banyak undangaan nyanyian baru-baru ini, penyanyi Shaa yang mula dikenali menerusi lagu Pertama Kali itu mengakui bahawa dia kini kembali berniaga di bazar Ramadan.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari memaklumkan bahawa dia tidak mahu membazirkan waktu yang terluang serta memilih untuk berniaga yang selama ini menjadi minatnya.

“Masuk bulan Ramadan undangan persembahan memang kurang dan dari tak buat apa-apa lebih baik saya berniaga.

“Kebetulan saya tengok tapak bazar di Seksyen 20, Shah Alam masih ada kosong jadi saya mohon.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan mula berniaga dalam masa terdekat ini,” kaanya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Dalam masa yang sama, Shaa bakal menjual murtabak popiah kepada pelanggannya dengan menggunakan resepi istimewanya sendiri.

Malah, hidangan itu akan dimasak sendiri oleh gadis muda berusia 23 tahun itu dan dia juga berharap agar perniagaannya akan diterima baik oleh pengunjung.

Baru-baru ini, Shaa telah mengeluarkan single keduanya berjudul Biar Aku Pergi.

Single baharu itu benar-benar membuatkan dia berasa gembira dengan penerimaan peminat terhadap lagu berkenaan.

Namun Shaa masih lagi menunggu lampu hijau daripada pihak pengurusannya berhubung aktiviti mempromosikan lagu berkenaan atau sebarang persembahana pentas yang kemungkinan diadakan selepas Aidilfitri nanti.

Seperti usahawan yang lain, Shaa juga mempunyai hasrat unutk membuka restorannya yang sendiri tidak lama lagi.

Hal itu kerana minatnya dalam bdang perniagaan dan masakan sangat menebal sekiranyaa perancangan untuk menjadi penyanyi itu tidak menjadi.

“Kebetulan saya baru berpindah ke Shah Alam dan alang-alang berniaga, saya bercadang nak buka restoran yang menjual char kuey tiaw.

“Sekarang pun ada rakan bantu saya cari lokasi sesuai dan harap-harap perancangan itu menjadi,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenPertama KaliShaa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd