• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Julang Piala Thomas Harapan Misbun Sidek

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek memasang impian untuk melihat trofi keramat Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia sekali gus menamatkan kemarau 26 tahun sebelum beliau mengundurkan diri.

Misbun, bekas pemain perseorangan negara, tidak menolak kemungkinan edisi Piala Thomas kali ini adalah penglibatan terakhir buat dirinya bersama pasukan kebangsaan bagi kejohanan itu yang akan berlangsung selama lapan hari bermula Ahad ini di Bangkok, Thailand.

“Ya, mungkin terakhir. Sebab itu saya harapkan kejutan dapat dicipta pasukan negara. Walaupun pada ketika tidak menjadi jurulatih, setiap edisi Piala Thomas sudah semestinya hasrat saya adalah ke arah itu, melihat Malaysia muncul juara.

“Dengan persiapan yang kita telah jalankan sepanjang beberapa bulan lepas, saya lihat pasukan kini berada dalam keadaan yang bersemangat. Saya berharap semua pemain perseorangan mahupun beregu mampu bergabung bagi merealisasikan impian menamatkan kemarau 26 tahun tanpa kejuaraan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) sebelum berlepas ke Bangkok di sini hari ini.

Skuad Piala Thomas kali ini diketuai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao.

Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.

Dalam pada itu, mengulas mengenai saingan skuad negara yang akan dicabar juara bertahan Denmark, Rusia dan Algeria dalam Kumpulan D, Misbun berkata ia merupakan satu tugas yang berat meskipun Malaysia dijangka mudah melangkah ke pusingan suku akhir.

Malaysia memulakan kempen dengan menentang Rusia pada Isnin ini kemudian bertemu Algeria (Selasa) dan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Denmark pada Rabu.

“Saingan kali ini nampak mudah tetapi hakikatnya ia satu tanggungjawab yang berat. Setiap negara pasti akan membariskan pemain terbaik mereka untuk muncul juara edisi kali ini,” kata Misbun.

Untuk rekod, Malaysia dikejutkan Denmark 2-3 dalam aksi separuh akhir edisi 2016 di Kunshan, China, sekali gus gagal mengulangi pencapaian melangkah ke final pada edisi 2014 di New Delhi, India. – BERNAMA

Tags: Misbun SidekPiala Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerbangan Ihsan JBPM Bantu Kanak-Kanak Orang Asli

Next Post

Tubuh Jawatankuasa Baru Pantau Aktiviti Khurafat

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

“Chong Wei Buat Saya Seronok Melatih” – Misbun

15/06/2019
0

KESUNGGUHAN dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Datuk Lee Chong Wei membuatkan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek tidak...

Next Post

Tubuh Jawatankuasa Baru Pantau Aktiviti Khurafat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd