• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKNS Pantau Peniaga Bazar Ramadan Seluruh Negeri

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Peniaga di bazar Ramadan seluruh negeri ini berdepan tindakan penguatkuasaan sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS).

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, peniaga bertanggungjawab dalam memastikan makanan dan minuman yang dijual bersih serta selamat untuk dimakan bagi mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan.

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kebersihan di semua bazar Ramadan secara berkala dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh JKNS ialah kebersihan premis makanan seperti sumber air dan ais yang bersih.

“Peniaga juga perlu memakai apron dan menggunakan peralatan sesuai, selain mengambil suntikan tifoid serta mengikuti latihan pengendalian makanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun akan dikenakan terhadap peniaga sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009.

Beliau berkata, jika pelanggan menyedari wujud tanda keracunan makanan seperti merasa loya, muntah, cirit birit atau sakit perut, mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan dengan segera untuk mengenal pasti punca sebenar.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang aduan berkaitan di Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut.

Zainudin berkata, pihaknya juga akan menjalankan operasi pemantauan penjualan produk melepasi tarikh luput di pasar raya dan kedai runcit bagi melindungi kepentingan pengguna. – BH ONLINE

Tags: bazar ramadanpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd