• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pelajar KVPD Dikebumikan Di Klang

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Jenazah pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi yang dipercayai mati akibat dibunuh malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini pada 6.50 petang semalam.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Idaman di sini dari Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira 4.50 petang diiringi anggota keluarga terdekat.

Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan Allahyarham dilihat hadir menziarahi jenazah buat kali terakhir di rumahnya sebelum dibawa ke Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Klang untuk disolatkan.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan tersebut kira-kira 5.30 petang untuk dikebumikan.

Penuntut tahun akhir Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD itu ditemukan mati pada kira-kira 103.30 malam tadi dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki daripada kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa ditahan polis di rumah sewanya di Taman PD Idaman, Port Dickson malam tadi.

Dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Hari ini, media melaporkan bapa Allahyarham Nur Alya Damia, Hairi Jamil, 45, berkata remaja tersebut sepatutnya pulang ke Klang petang ini selepas tamat kuliah namun tidak menyangka beliau menjemput anaknya dalam keadaan sudah tidak bernyawa. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd