• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan Dalam UMNO Perlu Dipertandingkan – KJ

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Beliau berkata budaya itu perlu dihentikan kerana ia dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO, selain punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.

“Saya fikir perlu hentikan perkara tidak munasabah ini bagi (jawatan tertinggi) tidak dipertandingkan… ia seolah-olah kita tidak membuka ruang demokrasi kepada ahli-ahli kita.

“Kita tidak perlu ada lagi peraturan ‘tidak dipertandingkan’ dalam UMNO. Anda hanya menghantar mesej buruk kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata UMNO Melaka sebulat suara bersetuju supaya tiga jawatan tertinggi parti melibatkan kerusi presiden, timbalan presiden dan satu kerusi naib presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Mohd Ali berkata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas presiden dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas timbalan presiden harus kekal di kerusi itu, selain menamakan Khairy menduduki kerusi naib presiden.

“Kita setuju supaya ketiga-tiga (jawatan) ini tidak dipertandingkan, yang lain-lain tu kita buka seluas-luasnya, dari dua kerusi naib presiden hingga ke peringkat bahagian,” katanya selepas menghadiri perbincangan antara Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bersama Ahmad Zahid dan Hishammuddin.

Pertemuan tersebut diadakan di Menara Dato’ Onn sejak 10 pagi tadi secara berperingkat mengikut negeri.

Jelas Khairy, beliau gembira atas sokongan itu namun menegaskan sebarang jawatan untuknya mahupun sesiapa di dalam UMNO mesti melalui proses pemilihan.

Pendapat sama turut dipersetujui Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang mahu jawatan tertinggi dipertandingkan secara terbuka.

“Saya fikir UMNO patut berubah kerana setiap orang di peringkat akar umbi sudah berubah. Jadi kenapa kita patut halang orang lain untuk bertanding bagi mana-mana jawatan. Saya fikir ini adalah masa untuk UMNO berubah. Beri ruang kepada setiap orang yang mahu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin,” katanya.

Pemilihan UMNO yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sesi Jelajah Terima Kasih Anwar Kepada Penyokong

Next Post

Putera Charles Iringi Meghan Berkahwin Anaknya

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Putera Charles Iringi Meghan Berkahwin Anaknya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd