Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Wanita Hamil Dikesan Positif...

SINGAPURA - Seorang wanita hamil yang tinggal di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive...

India Di Malaysia Asalnya...

SELAMA ini generasi muda di Malaysia hanya tahu etnik minoriti India dan Cina...

Pendekatan Lebih Tegas Tangani...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya pihak berkuasa mencari pendekatan baharu yang lebih...

Jadual Ketat Tak Halang...

KUALA LUMPUR – Jadual yang ketat bukan penghalang bagi jaguh pecut Filipina, Eric...

Janna Nick Suka Lelaki Rajin, Lebih Selesa Sederhana

TIDAK semua wanita memandang mahupun suka mencari lelaki berharta sebagai pasangan malah ada juga yang lebih selesa hidup sederhana.

Salah seorangnya adalah pelakon, Janna Nick yang mengakui takut didekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah ‘dibeli’ dengan wang ringgit.

“Memang saya tak pernah letak sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit.

“Lagipun, saya memang tidak bergaul dengan golongan seperti itu, malah mereka dapat merasakan saya sangat sukar dijerat dengan kemewahan,” kata Janna dipetik BH Online.

Malah pelakon yang mencipta populariti menerusi drama berjudul Dia ini berkata, jika nanti hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana.

Ujarnya, lelaki tersebut tidak semestinya perlu kaya kerana wang bukan penentu bahagia tetapi adalah memadai sekiranya dia seorang yang rajin dan mampu membantunya menguruskan perniagaan.

“Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja,” seloroh Janna.


Sementara itu, diminta mengulas mengenai sikap terbukanya berkawan dengan golongan LGBT, pelakon berusia 23 tahun itu menjelaskan ahli perniagaan, dia tidak boleh membataskan pergaulannya dengan masyarakat.

“Orang ada bisnes seperti saya tidak boleh pilih kawan kerana saya menjual produk. Lagipun, produk saya sesuai untuk semua kerana harganya murah.

“Lagi ramai kawan, lagi bagus untuk memperluaskan jaringan hubungan dan mengembangkan bisnes saya,” jelas pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu.

Memetik sumber, baru-baru ini Janna telah melancarkan produk penjagaan kulit berjenama Sephia yang diadakan di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Difahamkan, produk tersebut telah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori