• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tuduh Melulu, Faye Minta Kemuka Bukti

oleh
12/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami, Azmi Hatta dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia.

Malah, Elly juga mendakwa pengarah drama itu mahu dia dipenjarakan atas tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap anak mereka.

Ekoran itu, Elly sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hal tersebut.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Faye Kusairi yang juga isteri kepada Azmi nampaknya telah tampil membuka mulut membalas kenyataan netizen yang bertanyakan berhubung isu tersebut.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata, dia meminta Elly untuk tampil menunjukkan bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Faye turut menjelaskan kes yang difailkan itu bukanlah mahu penjarakan Elly tetapi ia berikutan kesalahan penyanyi berusia 38 tahun itu yang melanggar perintah mahkamah.

Justeru, Faye berharap orang ramai tidak membuat sebarang tohmahan dan tuduhan melulu berhubung perkara berkenaan sebaliknya periksa fakta terlebih dahulu sebelum menghentam secara berjemaah.

Pada masa sama, Faye juga turut mencadangkan agar orang ramai meminta Elly sendiri untuk kemukakan bukti berhubung isu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: azmi hattaELLY MAZLEINfaye kusairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Jangan Usik Famili Saya, Pergi ‘Bawang’ Tempat Lain

25/12/2018
0

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya sebagai 'belanja' kepada segelintir pengikutnya yang gemar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd