• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Gopoh Ambil Tindakan Ke Atas GLC

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri masing-masing, khususnya selepas peralihan kuasa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri besar dan ketua menteri perlu mengambil tindakan yang dirasakan perlu berdasarkan kepada tadbir urus baik demi faedah kepada rakyat.

“Jangan gopoh mengambil tindakan, jangan sebab dendam dan iri hati. Saya tiada masalah dengan GLC kalau prestasinya baik dan jika menteri besar rasa ia sesuai diteruskan, saya tiada pandangan negatif, kita terima (diteruskan).

“Tetapi jika terbukti di peringkat persekutuan berlaku pembaziran, pertindihan dan pembayaran elaun keterlaluan kepada tokoh politik, ini harus dihentikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan barisan exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Dalam konteks Perak, Anwar berkata menteri besar dan exco perlu memberi perhatian terhadap mana-mana GLC yang didapati melanggar tadbir urus terbaik.

Ditanya jika kerajaan negeri perlu melakukan audit terhadap GLC sedia ada, Anwar berkata ia mungkin pendekatan yang perlu, namun beliau percaya menteri besar akan melakukan yang terbaik.

Dalam pada itu, Anwar menasihati barisan kepimpinan negeri supaya menjaga pentadbiran dan melaksanakan tadbir urus terbaik selain berintegriti supaya Perak bersih daripada salah guna kuasa, pembaziran dan rasuah.

“Saya percaya dengan keupayaan mereka (menteri besar dan exco) yang mantap dan mampu menumpukan kerja dengan cepat.

“Tugas saya sebagai rakan mereka adalah untuk mengingatkan keperluan agar memenuhi janji dan aspirasi rakyat kerana kemenangan kita ini adalah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang sedia untuk memberi pandangan bagi membantu kejayaan dan kemajuan Perak. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimGLC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd