• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Biarkan Dr. Mahathir Lukai Masyarakat Cina

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR — Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melukai hati masyarakat Cina sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Di bawah pentadbirannya, beliau berkata Dr. Mahathir telah mencetuskan banyak isu termasuk menggendalakan pendidikan Cina dan melaksanakan operasi menahan lawan-lawan politiknya di seluruh negara menerusi ‘Ops Lalang’.

“(Di bawah pentadbirannya) Dr. Mahathir telah menimbulkan banyak kesulitan kepada masyarakat Cina…beliau telah melukai hati masyarakat Cina,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama persatuan Cina di Kampar hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong yang juga naib presiden MCA; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji, Daniel Wa Wai How dan DUN Malim Mawar, Chang Gwo Chyang.

Disebalik dakwaan DAP untuk ‘menyelamatkan’ Malaysia, Liow berkata rakyat perlu menyelamatkan negara ini dengan menghalang Dr. Mahathir daripada kembali berkuasa.

Beliau menggesa pengundi Cina untuk tidak terperdaya dengan “harapan palsu” yang diberikan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pakatan pembangkang telah menamakan Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14 pada 9 Mei ini.

Sementara itu, selepas enam hari berkempen, presiden MCA itu mendapati parti itu menerima maklum balas baik di banyak kawasan termasuk Kampar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Rayuan Kekalkan Sabitan, Denda Chegubard

Next Post

GST Dibangkitkan Semasa Daim Jadi Menteri Kewangan

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

Next Post

GST Dibangkitkan Semasa Daim Jadi Menteri Kewangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd