Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

1MDB: Tiada Apa Yang...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang...

“Saya Tidak Pernah Ada...

KUALA LUMPUR - Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau...

Rugi RM6,500 Kerana Percaya...

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM6,500 setelah berurusan dengan individu yang mendakwa...

Puji Filem ‘Black Panther’,...

FILEM terbaru bergenre adiwira, Black Panther terbitan Marvel Studios nyata mencetuskan fenomena bukan...

Jamal Sedia Bekerjasama Dengan Polis

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pada Jumaat lepas telah menghubungi kumpulan peguamnya.

Peguamnya Datuk Mohd Imran Tamrin berkata “kehilangan” Jamal disebabkan pada ketika itu beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.

“Beliau telah menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses discaj untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya Jamal memaklumkan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis bagi menyempurnakan proses ikat jamin.

Mohd Imran berkata anak guamnya itu juga memaklumkan bahawa beliau masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan.

Katanya Jamal akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Pihak peguam percaya telah berlaku sedikit salah faham sehingga situasi beliau dieksploitasi dengan tanggapan negatif. Beliau tidak melarikan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya,” kata Mohd Imran.


Beliau berkata pihak peguam juga telah memaklumkan kepada pihak polis mengenai perkembangan berkenaan.

Prosiding pendakwaan Jamal, 48, yang dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor tahun lepas, dijalankan di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana beliau sedang dirawat di hospital itu bagi masalah sakit belakang.

Kehilangan Jamal dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang. – BERNAMA

Kategori