Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Warga Emas Didakwa Cabul...

PORT DICKSON – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Malaysia Komited Proses Ratifikasi...

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk menyempurnakan proses ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)...

Kegemilangan Petronas Baik Untuk...

BINTULU - Petronas boleh memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Sarawak dan negara jika...

Bersatu Sokong RUU Anti...

Bersatu menyokong penuh rancangan untuk menggubal Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti tetapi mahu...

Istana Negara Nafi Agong Lengahkan Pelantikan

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata tuanku telah menjalankan tugas serta tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Mahathir sebagai perdana menteri.

“Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyokong penuh dan menghormati proses demokrasi dan kehendak rakyat baginda,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada pukul 2.45 petang tadi.

Beliau berkata Istana Negara juga menerima warkah pemakluman yang ditandatangani oleh ketua pemimpin Pakatan Harapan yang bersepakat menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri yang ketujuh. – BERNAMA

Kategori