• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insinerator RM1 Bilion Atasi Sampah Di Melaka

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebuah insinerator baharu bernilai RM1 bilion akan dibina di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini bagi mengatasi masalah sampah di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata insinerator itu akan dibina di tapak yang berkeluasan lebih empat hektar dan bakal siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira tiga tahun lagi.

“Ia dijangka mampu menampung sisa buangan lebih 1,000 tan setiap hari,” katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah projek tersebut di Sungai Udang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Idris berkata insinerator itu akan menggunakan teknologi lebih cekap iaitu ‘moving grate stoker system’ dengan teknologi itu mematuhi piawaian dan garis panduan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan antarabangsa.

“Melalui pembinaan insinerator ini, secara tidak langsung kerajaan negeri dapat menangani masalah sampah secara selamat dan terkawal di samping mengelakkan kepadatan sampah kritikal berulang.

“Selain itu, kita juga dapat mengurangkan kadar pencemaran termasuk tanah, sumber air bawah tanah dan ‘leachete’ berbanding tapak pelupusan sanitari biasa,”katanya.

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang mula beroperasi sejak April 2015 setelah tapak pelupusan sampah seluas 25.5 hektar di Krubong di sini ditutup pada akhir 2014.

Tapak itu sepatutnya mampu menampung sampah sisa pepejal untuk dua tahun lagi, namun pada masa sekarang kepadatan sampah telah mencapai tahap maksimum dalam tempoh lebih awal.

Mengulas lanjut, Idris yang juga calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Udang berkata beliau yakin bahawa pembinaan insinerator itu mampu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negeri ini terutama penduduk di sekitar Sungai Udang.

“Ia juga dilihat mampu memenuhi misi Melaka sebagai peneraju teknologi hijau sekali gus mencapai sasaran 40 peratus bebas karbon menjelang 2020 bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd