• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Muda Sembunyi Rasa Gugup Pimpin Solat

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Gementar dan gugup adalah antara perasaan tidak dapat disembunyikan imam remaja yang kali pertama menjadi jemputan mengetuai solat fardu dan sunat Tarawih sepanjang Ramadan di masjid dan surau seluruh negara.

Antara yang menjadi rebutan kariah masjid dan surau untuk menjadi imam solat setiap kali ketibaan bulan mulia umat Islam menjalani kewajipan ibadat puasa ialah pelajar pusat tahfiz.

Pelajar tahfiz di Pondok Moden Darussalam Sijangkang di sini, Muhammad Safuan Muhammad Salleh, 16, mengakui dia diselubungi kebimbangan ketika kali pertama mengimamkan makmum dalam jumlah ramai, selain membabitkan pelbagai peringkat usia dan latar belakang akademik.

“Saya bimbang kalau melakukan kesilapan. Tanggungjawab sebagai imam sangat besar. Disebabkan terlalu risau membuat silap, dada saya berdebar-debar.

“Alhamdulillah, semua perasaan itu lama-kelamaan dapat diatasi dengan pertolongan Allah, selain sokongan penduduk tempatan khususnya imam setempat,” katanya yang dijemput menjadi imam di Surau Al Falah di Taman Selayang Jaya, Batu Caves dekat sini.

Anak yatim yang kehilangan bapanya Muhammad Salleh Lope ketika baru berusia lima tahun itu berkata, sebelum ini dia hanya menjadi imam di pusat tahfiz tempatnya belajar.

“Apa pun, harapan saya dan adik-beradik semoga dengan menghafaz al-Quran serta mengamalkannya dapat memudahkan arwah bapa kami menuju ke syurga nanti.

“Walaupun ayah meninggal dunia akibat sakit barah otak ketika saya kecil, saya dan adik-beradik tidak pernah lupa mendoakannya setiap hari,” katanya yamg juga anak kedua daripada lima adik-beradik.

Selain Muhammad Safuan, tiga adik perempuannya iaitu Syazwana, 14, Khairunnisa, 13, dan Adawiyah, 10, turut belajar di pusat tahfiz berkenaan.

Manakala abang sulungnya Muhammad Zulkifli, 18, sedang melanjutkan pengajian dalam pendidikan al-Quran di Surabaya, Indonesia.

Sementara itu, seorang lagi pelajar tahfiz Pondok Moden Darussalam Sijangkang, Muhammad Irfan Sulaiman, 15, kini sudah menghafaz lapan juzuk al-Quran berkata, pada mulanya dia menggelabah apabila pihak pengurusan memilihnya untuk menjadi imam jemputan di Surau Batu 7 Sijangkang.

“Bagaimanapun empat tenaga pengajar pusat tahfiz ini memberikan nasihat agar menggunakan peluang ini untuk memantapkan bacaan al-Quran serta meningkatkan kualiti solat.

“Sebelum mengetuai solat, saya berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Sejujurnya menjadi imam bukan mudah.

“Sebenarnya masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini. Saya sanggup ditegur sekiranya terdapat kelemahan dan saya berharap dapat istiqamah memperbaiki diri,” katanya.

Muhammad Irfan, adalah anak tunggal dan yatim sejak berusia lapan tahun apabila bapanya, Sulaiman Sani meninggal dunia kerana serangan jantung. – myMetro Online

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd