Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kecuaian Pilot, Pesawat Terhempas...

BOGOTA - Nahas pesawat yang mengorbankan 71 orang di Colombia bulan lalu, termasuk...

Basikal Lajak: Denda, Penjara...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000...

PAS Kecam Mahathir Mahu...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan termasuk pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tidak...

Isteri, 2 Anak Bekas...

ISTERI kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Allahyarham...

Iesya Toh Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

ALHAMDULILLAH… Sekalung tahniah Mynewshub ucapkan buat bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia iaitu Iesya Toh dan suami, Mohd Huzairee Muhamad di atas kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.

Iesya selamat melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.98 kilogram di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 4.43 petang pada Selasa.

Iesya berkata, pada mulanya dia hanya mengunjungi pusat rawatan berkenaan sekadar untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun setibanya di sana, doktor memaklumkan bahawa dia boleh bersalin awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada hujung bulan Mei atau awal Jun depan.

“Apabila berada di sana, doktor memaklumkan saya sudah boleh melahirkannya. Jika diikutkan, anak kedua saya ini dijangka kelahirannya pada hujung bulan ini atau awal Jun depan.

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar. Anak kedua saya ini dilahirkan secara normal, sama seperti abangnya,” katanya dipetik BH Online

Ujarnya, walaupun gembira dengan kelahiran penyeri dan penambah zuriat keluarga itu, namun hatinya sedikit tersentuh apabila mengenangkan bapanya, Sanny Toh Abdullah, yang meninggal pada 8 Februari lalu.


“Rasa sakit bersalin bagai bertambah apabila saya terkenangkan ayah yang baru beberapa bulan meninggalkan kami. Ketika berada dalam bilik bersalin, saya sentiasa teringatkannya,” ujarnya.

Ditanya bilakah pasangan ini akan berkongsi wajah dan nama puteri sulung mereka, Iesya berkata dia dan suami belum bersedia menayangkan wajah puteri mereka.

“Kata orang tua, tidak elok wajah anak ditayangkan awal-awal. Jadi, kami menurut saja. Insya-Allah, selepas tujuh hari kelahirannya, baru kami sepakat mendedahkan wajah dan namanya,” katanya lagi.

Iesya berkahwin dengan Huzairee Muhamad pada Mei 2015 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Harraz Daiyan pada 2016. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori