• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tun M Lawat Kubur Tokoh PAS Dipersoal

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoal keikhlasan Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarah kubur pemimpin tertinggi PAS beberapa hari menjelang hari pengundian sedangkan pusara pemimpin awal UMNO yang banyak berjasa tidak pernah diziarahinya.

“Dia tak pernah menziarah kubur arwah bapa saya (Tun Hussien Onn) sebagai Presiden UMNO pun,” kata Hishammuddin kepada media di Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Kempas di sini hari ini.

“Tetapi kini dia dilihat beriya-iya pula mahu menziarah kubur Allahyarham (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat),” kata Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas itu.

Hadir sama di majlis itu Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga calon Parlimen Pulai.

Namun, Hishammuddin tidak hairan kerana segala tindak tanduk pemimpin pembangkang itu dilihat “tidak pernah ikhlas” dan hanya semata-mata sebagai taktik untuk meraih undi.

“Saya yakin keluarga arwah Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz memahami. Kalau betul-betul ikhlas buatlah (ziarah) lepas pilihan raya,” tambahnya.

Hari ini, keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz menghalang Dr. Mahathir yang dikatakan mahu menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.

Anak Allahyarham Mursyidul Am PAS itu, Nik Adli bersama seorang lagi individu bertindak mengunci pintu pagar selain meletakkan sebuah lori tiga tan di depan pintu masuk tanah perkuburan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd