• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati, Jangan Termakan Fitnah Pemimpin Lama

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang terutama pemimpin politik lama yang sebelum ini berada dalam kerajaan dan kini sudah tidak berjawatan.

Beliau berkata pemimpin berkenaan kini menderhaka kepada prinsip mereka sendiri sekali gus menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka.

“Semasa mereka berjawatan (dalam kerajaan), parti kerajaan, ahli-ahli termasuk Wanita memberi sokongan dan dukungan kepada mereka termasuk semasa mereka semua terpalit dengan pelbagai skandal, dugaan dan cubaan.

“Tetapi pada hari ini, mereka berpaling tadah dan derhaka kepada prinsip mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ratu Hati Negaraku bersama Wanita Jalinan Rakyat (JR) BN Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Wanita UMNO Bahagian Sembrong Datuk Noraslina Zainal Abidin.

Shahrizat berkata selama menjadi pemimpin dalam kerajaan sebelum ini, mantera pemimpin lama berkenaan adalah ‘setia kepada parti’ tetapi kini menderhakainya.

“Namun ia berubah ketika ini dengan menyaksikan mereka adalah anasir yang membawa kemungkaran kepada prinsip mereka sendiri. Jadi, jangan termakan dengan hasutan fitnah dan tohmahan mereka… saya minta rakyat Malaysia, jangan jadi mangsa politik mereka,” katanya.

Kepada jentera Wanita JR seluruh negara, Shahrizat yang juga ketua Wanita UMNO mahu mereka memastikan operasi prosedur standard (SOP) dipatuhi dalam bertemu dan merayu pengundi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Beliau turut mengingatkan para pengundi wanita supaya tidak beremosi dan berfikirlah secara rasional ketika mengundi, Rabu ini. – BERNAMA

Tags: Shahrizat Abdul Jalil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd