• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Sebelum Dan Selepas GST Sifar Dipantau

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah menugaskan lebih 200 penguat kuasa untuk memantau harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sifar yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Timbalan Pengarahnya, Chin Ching Chung berkata mereka memantau perubahan harga barangan mentah dan kering di semua pasar awam dan pasar raya bagi memastikan peniaga mematuhi dasar GST sifar itu apabila dilaksanakan kelak.

“Setiap penguat kuasa ditugaskan memantau lima premis dan mencatatkan harga 30 jenis barang sewaktu GST dikenakan pada kadar enam peratus sekarang dan selepas dikenakan pada kadar sifar.

“Ini bermakna setiap daripada mereka perlu melihat perbezaan harga 150 item barangan secara keseluruhannya. Pemeriksaan ini dijalankan secara berkala dan sudah dimulakan sejak beberapa hari lalu sehingga Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di pasar awam Jitra, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Cawangan KPDNKK Kubang Pasu, Mohamad Amir Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Perdagangan Dalam Negeri, Dr. Salmee Said.

Sementara itu beliau berkata bahan makanan utama seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran dijamin mencukupi menjelang musim perayaan ini malah harganya juga dijangka tidak mengalami kenaikan.

“Kita telah bermesyuarat dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta pemborong dan mereka beri jaminan bekalan keperluan ini akan mencukupi,” katanya.

Berhubung dakwaan bahawa harga daging di Kedah mencecah RM36 sekilogram, Chin berkata buat masa ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kes itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada KPNDKK.

Ini kerana katanya berdasarkan pemantauan, lebih 90 peratus premis menjual daging pada harga RM33 hingga RM34 sekilogram, iaitu harga standard sejak beberapa tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

02/04/2024
2

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya...

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

13/09/2022
0

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd