• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Keperluan Di Ipoh Stabil

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Harga barangan keperluan termasuk barangan basah dan kering di Pasar Besar Ipoh masih stabil, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak Shamsul Nizam Khalil.

Beliau berkata walaupun terdapat perubahan harga bagi barang basah seperti ayam, ikan dan daging, namun kenaikannya tidak mendadak.

“Ada barang harganya kekal seperti telur dan santan…walaupun berlaku harga berbeza antara peruncit, namun ia masih berada pada kadar yang stabil.

“Peniaga juga meletakkan tanda harga dan ini memudahkan pembeli untuk membuat pilihan berdasarkan kemampuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan harga di pasar itu.

Beliau berkata sekiranya kenaikan harga berterusan, KPDNKK akan memastikan peratusannya tidak lebih sehingga margin berubah ketara daripada harga asas.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati ayam segar dijual pada harga RM8.50 sekilogram, daging tempatan RM32 sekilogram, telur ayam gred A RM10.20, santan RM8 dan ikan kembung antara RM10 hingga RM12 sekilogram.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Nizam berkata KPDNKK Perak menjalankan pemeriksaan dan kutipan harga barang sebelum cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus dikuatkuasa mulai 1 Jun ini menerusi Op Catut 4.0 bermula Khamis lepas hingga 31 Mei ini.

Beliau berkata menerusi operasi itu,175 premis perniagaan telah diperiksa dan kebanyakan mereka sedar akan pindaan GST tersebut.

“Kita mengadakan perbincangan dengan pihak industri dan peniaga untuk memberi penerangan. Langkah ini penting bagi mengelak sebarang manipulasi harga kesan daripada perubahan cukai itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd