Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

KPM Pastikan Isu Kesesakan...

KUALA LANGAT : Jabatan Pendidikan negeri dan daerah diarah memastikan tiada kesesakan keterlaluan...

Saya Nampak Jelas Individu...

KUALA LUMPUR — Seorang saksi dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman...

VIDEO: Rompakan Bersenjata Kedai...

SATU rakaman kamera CCTV kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai emas di Jalan TAR...

Fizo Omar Tepis Dakwaan...

BERTUBI-TUBI hentaman dan kutukan yang diberikan kepada pelakon Fizo Omar dan isteri mengenai...

‘Gurauan Bom’ Penumpang Terjun Dari Pesawat

JAKARTA – Sebelas penumpang pesawat Lion Air cedera akibat ‘gurauan bom’ seorang daripada penumpang ketika memasuki pesawat itu, yang dijadual berlepas dari Pontianak, Kalimatan ke Cengkareng, Jakarta.

Sebuah video yang tular di media sosial di Indonesia menunjukkan para penumpang panik dan bertindak keluar menerusi pintu kecemasan, malah ada yang bertindak terjun dari sayap pesawat Boeing 737 itu.

Penerbangan JT687 yang dijadual berlepas dari Bandar Udara International Supadio jam 6.50 petang waktu tempatan itu, ditunda ke jam 9.45 malam, dan selamat tiba ke destinasi jam 11.10 malam tadi.

Menurut laporan media Indonesia, seorang penumpang lelaki dikenali Frantinus Nirigi dilaporkan bergurau kononnya terdapat bom dalam pesawat itu ketika para penumpang dalam proses memasuki pesawat.

Keadaan itu menyebabkan para penumpang lainnya panik dan bertindak membuka pintu kecemasan pesawat berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Penumpang berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis Kalimatan Barat tidak menemui sebarang bom dalam pesawat berkenaan.


Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group, Edward Sirait dipetik media Indonesia berkata sepanjang tahun 2018, Lion Air telah mengalami lapan kali gurauan bom.

“Ini sudah berulang-ulang, dalam tahun ini saja sudah kena delapan kali, terakhir sebelum ini pada 27 Mei lepas dalam penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur, akibatnya penerbangan delay hampir dua jam, ini merugikan semua pihak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

Kategori