• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Petani Diingatkan Keluar Mengundi

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Golongan petani yang menikmati bantuan kerajaan harus keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perlis Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar berkata ia adalah sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan petani.

“Justeru, lebih 40,000 petani di Perlis (tidak termasuk pasangan mereka) hendaklah keluar mengundi kerana satu undi yang diberikan amat bermakna dalam proses demokrasi negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata boleh dikatakan hanya kerajaan BN sahaja yang memberi bantuan kepada petani seperti elaun sara hidup khas, baja dan bahan input pertanian.

Selain itu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), sebuah agensi kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut bekerjasama dengan agensi lain bagi membantu golongan petani meningkatkan pengeluaran padi termasuk menyediakan saliran bekalan air, katanya.

Kini, katanya banyak kawasan sawah padi Perlis yang boleh diusahakan dua kali setahun hasil penyaluran bekalan air dari Empangan Muda di Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPN Perlis Sedia Cari Tapak Pembinaan Loji Benih Padi

24/01/2018
0

ARAU - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perlis hari ini bersedia mencari tapak bagi loji benih padi di negeri ini sekiranya...

7,982 Tanggung Beban Beli Benih Padi Tanpa Subsidi

25/09/2017
0

KANGAR - Sebanyak 7,982 petani yang mengusahakan sawah seluas 12,033 hektar di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd