Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Juruteknik Mati Kena Tikam

KLUANG : Seorang juruteknik maut dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki...

DEIG: Pembangkang Lebih Tak...

KOTA BHARU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan PKR didakwa...

FAMA Sasar Lebih Ramai...

BUKIT MERTAJAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan lebih ramai usahawan muda...

Rakan Zaman Kanak-Kanak Tidak...

JOHOR BAHRU - Ketika tarikh perkahwinan diraja Johor semakin menghampiri, mula timbul persoalan siapa...

G25 Syor SPRM Dijadikan Satu Badan Bebas

KUALA LUMPUR – Kumpulan bekas penjawat awam (G25) mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan sebagai institusi yang bebas tanpa kawalan menteri.

Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata reformasi badan itu wajar dilaksanakan supaya SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan.

“Kami mengesyorkan agar SPRM dijadikan satu badan bebas yang tanpa perlu membuat laporan kepada Jabatan Perdana Menteri ataupun tidak dikawal oleh mana-mana menteri dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Oleh itu, kami mencadangkan Parlimen mewujudkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga soal integriti dan ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di Menara Ilham di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, katanya G25 antara lain turut menerangkan beberapa syor hasil laporan yang telah disediakan sebelum ini berkenaan perubahan institusi seperti Parlimen, kehakiman dan perkhidmatan awam.

G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.

Terdahulu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang berperanan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dalam perkembangan lain, G25 turut bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mencadangkan agar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dimansuhkan.

“Kami menyokong supaya peranan JAKIM dikaji semula dan sekiranya ada perubahan-perubahan yang perlu dibuat kami harap supaya pihak kerajaan harus membuat pindaan tentang peranannya dalam pentadbiran Islam,

“IKSIM pula wajar dimansuhkan kerana kami berpendapat peranannya masih malap serta pendekatan yang digunakan agak liberal dan ekstremis,” katanya. – BERNAMA

Kategori