• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Terus Kekal Di Puncak Liga Premier

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Premier, Felda United mengekalkan kedudukan teratas selepas menang tipis 3-2 ke atas MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dekat sini, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad ‘The Fighters’ melebarkan rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan dan mengutip 23 mata.

Pada aksi di Petaling Jaya, pasukan Felda United selesa mendahului 2-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes seawal minit keenam sebelum D. Christie Jayaseelan menggandakan kedudukan pada minit ke-33.

MIFA, bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sentuhan penyudah pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-Geun pada minit ke-47 dan pemain import dari Liberia, Kpah Sean Sherman, selang seminit kemudian.

Pemain tengah, Muhammad Hadin Azman muncul wira pasukan pelawat apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Sabah mengekalkan kedudukan ketiga liga walaupun seri 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Md Rozaimi Abd Rahman terlebih dahulu meletakkan JDT II di hadapan pada minit ke-36 sebelum pemain import dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah hasil jaringan penyamaan pada minit ke-67.

Dalam pada itu, UiTM FC naik dua anak tangga ke kedudukan keempat selepas menewaskan UKM FC 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam hasil jaringan penalti Dao Bakary pada minit ke-37 dan Lucas Ramon Pugh pada minit ke-90.

Sarawak pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat 1-1 menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Pulau Pinang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mohd Alafi Mahmud pada minit ke-68 sebelum Bobby Gonzales menyamakan kedudukan untuk Sarawak, selang seminit kemudian. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd