• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Buka Bazar Ramadan Colek Di Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dalam memberikan kelainan dan pilihan selain daripada menu biasa, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan 20 gerai menjual pelbagai jenis ‘colek’ sepanjang bulan Ramadan ini.

Gerai itu dibuka di Bazar Colek Ramadan yang disediakan oleh FAMA di Dataran Bandar Raya di sini, bermula 6 petang hingga 12 malam, setiap hari.

Colek merupakan masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah terdiri daripada kuah pedas dan manis.

Selain itu, terdapat juga colek buah yang terdiri daripada pelbagai buah-buahan yang dipotong halus tetapi dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.

Pengarah FAMA Kelantan Mohd Ariffin Awang berkata bazar itu turut memberi peluang kepada golongan belia untuk berniaga bagi menambah pendapatan mereka.

“Kita berharap dengan adanya bazar ini, ia dapat menarik ramai pengunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang dijual pada harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar berkenaan malam tadi.

Mohd Ariffin berkata 20 peniaga di bazar anjuran bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu itu terdiri daripada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pembuatan makanan di bawah FAMA. – BERNAMA


​​

Tags: bazar ramadanFAMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd