• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM: Azim Tunggu Sokongan Cabar Hamidin

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bersedia mencabar Datuk Hamidin Mohd Amin bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat sokongan daripada anggota gabungan badan induk itu.

Abdul Azim berkata sudah tiba masanya perubahan pucuk pimpinan dan pengurusan FAM dilakukan demi masa depan sukan paling popular itu di negara ini, walaupun Hamidin yang merupakan Setiausaha Agung FAM dilihat sebagai individu lebih berpengalaman dalam pentadbiran persatuan berkenaan.

“Ramai akan bandingkan pengalaman saya dengan Hamidin, tetapi kalau dalam sebuah syarikat, jika prestasi syarikat itu merudum, bukan pengerusi sahaja letak jawatan, pengurusan juga harus letak jawatan.

“Jadi, kalau nak kata pengurusan FAM itu begitu baik, kenapa prestasi pasukan bola sepak kita masih tidak baik? Kenapa selama ini hanya presiden yang meletak jawatan, pengurusan pun sepatutnya kena letak jawatan.

“Masa untuk ubah…saya sudah melakukan perubahan untuk banyak syarikat, kini sedang melakukan untuk ISN dan harap meneruskannya di FAM,” katanya pada sidang media di ISN di sini, hari ini.

Semalam, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Akbar V.V Abu menerusi kenyataan, berkata PBNP mencalonkan Abdul Azim untuk mengisi jawatan nombor satu FAM itu bagi penggal 2018-2021 dalam pemilihan pada Kongres FAM ke-54, yang akan berlangsung Julai ini.

Kerusi panas itu kosong apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan tersebut pada Mac lepas, genap setahun selepas menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Abdul Azim, yang baharu dipilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sabtu lalu, berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk memegang beberapa jawatan utama dalam masa yang sama kerana beliau mampu menguruskan masa dengan baik.

Katanya antara perkara akan diberi penekanan sekiranya dipilih sebagai presiden ialah penstrukturan semula pentadbiran dan pengurusan FAM, serta mewujudkan program pembangunan bola sepak secara konsisten di seluruh negara untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu.

“Saya juga akan melihat isu pemain import untuk mengelak Malaysia jadi macam England dan meningkatkan penyertaan pada pertandingan-pertandingan luar negara bagi meningkatkan kedudukan pasukan negara di Asia dan dunia.

“Selain itu, memajukan bola sepak di peringkat umur Bawah-16 dan B-19 dengan tumpuan pada kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia serta pembangunan bola sepak wanita,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd