• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elfira Bukan Marah, Cuma Terkejut Kerana Tak Sedia

oleh
30/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang selebriti, pastinya mereka mempunyai cara tersendiri dalam berhadapan dengan rakan media ketika sesi temu bual dan hal itu turut dititikberatkan oleh pelakon kecil molek, Elfira Loy.

Satu twit telah dimuatnaik oleh pelakon berusia 24 tahun itu pada Jumaaat lalu tetapi dia menafikan tindakan itu disebabkan rasa marah terhadap seorang wartawan media yang sedang menemuramahnya.

Malah, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu turut memberikan teguran atas insiden yang terjadi kepadanya yang mana perbualannya bersama pihak media telah disalah ertikan sekadar ‘sembang-sembang’ kerana dirakam tanpa pengetahuannya.

“Saya tak marah… Cuma kalau kita bersembang, cara perbualan kita lain. Jika untuk dirakam pula, cara penyampaian kita berbeza. Ini kerana kalau dirakam, kita akan bercakap dengan cara yang lebih sesuai,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Bagi Elfira, dia sudah belajar bagaimana cara yang sesuai untuk berinteraksi sama ada dihadapan atau dibelakang kamera ketika ditemu ramah oleh wartawan media cetak.

“Saya tahu jika di hadapan kamera, kita harus bercakap mengikut cara tertentu. Jika ditemuramah media cetak, kita akan lebih santai dan bercakap seperti kawan.

“Namun, apabila dirakam video dengan muka tidak bersedia, itu pula yang dipaparkan,” ujarnya lagi.

Walaupun dirinya telah dirakam dalam keadaan yang tidak bersedia, Elfira sedikit pun tidak berasa marah terhadap individu berkenaan.

Baginya, dia hanya tidak mahu dirinya dilihat seperti seorang yang tidak tahu untuk bercakap di hadapan lensa kamera.

Ia membuatkan dia berasa terkejut apabila melihat dirinya yang bagaikan tidak bersedia.

Dalam masa yang sama, Elfira turut mengambil pendekatan dengan meluangkan sedikit masa bersama peminat dengan cara membalas komen yang diberikan di media sosial.

“Siapa yang selalu mengikuti saya, mereka tahu saya suka membalas komen terutama di Instagram,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, hanya mesej positif atau yang membabitkan persoalan mengenai produk sahaja yang akan dilayan.

Dengan cara itu, dia akan lebih dekat dengan peminat dan dalam masa yang sama ia turut memberi ruang kepada peminatnya untuk mengetahui beberapa perkara tentang dirinya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Elfira LoyNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd