• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dzulkifli Ahmad Kembali Ke Peguam Negara Esok

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menyerahkan surat penamatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini akan melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara esok.

Dalam satu kenyataan, Dzulkifli memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat penamatan kontrak itu kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, hari ini.

“Penamatan kontrak itu berkuat kuasa mulai hari ini dan saya akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok,” katanya.

Dzulkifli dalam pada itu mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SPRM yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatannya mulai 1 Ogos 2016.

“Saya berharap seluruh warga SPRM akan terus memikul amanah dan tanggungjawab dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini bersama kepimpinan baharu,” katanya.

Sementara itu, Dzulkifli juga mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu.

Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara.

Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Menunjukkan Penurunan

05/08/2018
0

GEORGE TOWN - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan sejak Jumaat lepas di seluruh negara dan...

Dzulkifli Lapor Diri Kembali Di Jabatan Peguam Negara

15/05/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini melapor diri untuk kembali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd