Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kos Selenggara Kenderaan Menteri...

KUALA LUMPUR : Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 iaitu ketika pentadbiran Tan...

Suami Aktres Korea, Sung...

SUAMI kepada pelakon senior Korea Selatan, Sung Hyun Ah dilaporkan telah meninggal dunia...

Sokongan Akar Umbi Perkukuh...

SEBUT sahaja nama Teluk Intan, mungkin ramai mengenali keunikan bandar ini yang terletak...

Video: Ibu Biar Anak...

HENDAK dikata apa lagi kalau kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri..Itulah yang boleh...

Dulu Nona Manis, Kini Uyaina Jadi Puteri Muslimah

PAKEJ lengkap dimiliki pengacara Uyaina Arshad telah membuktikan bahawa dia layak digelar sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 bagi mengangkat martabat wanita Islam di mata masyarakat umum.

Uyaina atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Arshad yang merupakan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu telah berjaya mengatasi 17 peserta lain pada pertandingan anjuran stesen TV Indosiar di Jakarta, Indonesia pada malam tadi sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 selain tiara dan trofi.

““Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.

“Kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya. Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat wanita Islam supaya menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Pertandingan tersebut telah melibatkan seramai 18 peserta dari enam buah negara antaranya ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

Antara barisan juri profesional yang diberi tanggungjawab untuk mengadili kesemua peserta itu ialah bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992, Erra Fazira, Yenny Wahid (Indonesia), Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei).


Kemenangan Uyaina itu diibaratkan seperti kemenangan seluruh wanita Muslimah di Malaysia apabila ramai rakyat Malaysia turut mengharapkan kemenangan berpihak  kepada mana-mana wakil negara.

Selain Uyaina, dua lagi peserta dari Malaysia yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah Syida Melvin dan Nur Ain Syafiqah Zamri.

Gadis manis berusia 27 tahun itu yang turut memenangi pertandingan pencarian Nona Manis 2015 itu turut telah mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Hanifah Razan dari Indoensai dan Avida Lale dari Turki.

Dalam masa sama, beberapa lagi anugerah dinobatkan pada pertandingan itu antaranya ialah Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud (Brunei Darussalam), Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki). – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori