Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sarawak Tawar Ekonomi Tempatan...

KUCHING - Sarawak boleh berkembang dengan lebih cepat dan mencapai taraf hidup yang...

TVET@Tahfiz Sasar 2,900 Pelajar

KUALA LUMPUR - Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan...

SPRM Panggil 153 Pemilik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kesemua 153 pemilik...

Peniaga Bazar Ramadan Kelantan...

KOTA BHARU : Naikkan harga atau kecilkan saiz juadah menjadi antara strategi kebanyakan...

Dua Minggu Tanggung Sakit, Akhirnya Hairul Dibedah

SELAMA hampir dua minggu menanggung sakit, akhirnya suami kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu Hairul Azreen jalani pembedahan.

Hairul menanggung kesakitan tersebut ketika penggambaran filem berjudul Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya.

Difahamkan, pelakon itu merahsiakan kecederaan yang dialami olehnya kerana enggan penggambaran tertangguh dan juga menyusahkan ramai pihak.

Perkara tersebut malah dikongsi oleh pelakon itu sendiri menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Isnin.

“Tulang saya patah! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dengan keadaan cedera. Produksi dan pengarah minta saya rehat tapi saya tidak mahu.

“Sehinggalah 27 Mac, saya rasa tangan semakin teruk dan saya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Hari ini bedah, esok saya cakap saya dah boleh belakon. doktor dan produksi hanya geleng kepala,” ujar Hairul.

Tulang saya patah !!! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dgn keadaan injured, production & director @adrianteh19 suruh saya rest tp saya cakap #TheBestNeverRest 🖖🏾sampai la 27march saya rasa tangan ni makin teruk & saya ambil keputusan utk operation , hari ini operation esok saya ckp saya dah boleh belakon balik , doctor & production geleng kepala,😪 (esok juga saya start shooting) so saya mmg tak rest ,team @tldm_rasmi semua ckp saya Piaw, Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini di tangguhkan & tak nak susahkan orang ramai now dah balik KL so baki tinggal shooting di Morocco / Turkey je ,so banyak action stunt dah habis, Apa yg saya sampaikan , ini adalah kenangan sy shooting @paskal_themovie dan first time patah tulang seumur hidup sy, Lepas habis filem ni saya nak REST bawa family holiday #TheBestNeedSomeRest lepas sesuatu usaha dikecapi🤪

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Perkongsian itu ternyata menarik perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang menimpa Hairul selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aktor berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat terus mendapat perhatian sekaligus menerima lebih 43,000 tanda suka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori