• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Sepanjang Hari Pembebasan Anwar

oleh Haris
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBEBASAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam pada mulanya dijangka menjadi peristiwa terbesar dan paling menarik diikuti.

Penantian selama tiga tahun dan beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akhirnya berakhir pagi semalam jam 11.30 pagi di Cheras.

Anwar bebas dan disambut pada pagi semalam, dan sambutan lebih besar diadakan pada sebelah malam di Petaling Jaya, Selangor.

Ribuan penyokong memenuhi Padang Timur malam tadi untuk mendengar amanat Anwar sebagai bakal perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tapi, tiba-tiba drama lain pula yang muncul, entah sengaja atau tidak disengajakan hingga perhatian ramai teralih ke sana pula.

Pada sebelah petang, keluar berita GST dihentikan, tetapi bukan dihapuskan terus cuma diletak pada kadar 0 peratus.

Teralih sekejap keseronokan melihat Anwar bebas apabila cukai yang digembar-gemburkan sebagai punca kenaikan harga barang itu tidak dikenakan lagi.

Satu lagi drama yang lebih besar ialah kehadiran polis di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebuah lagi rumah mewah di tengah ibu kota.

Sepanjang lebih dua jam, ramai tertumpu dan tertanya-tanya, tercari-cari maklumat sahih apakah yang berlaku di rumah bekas perdana menteri itu.

Sejak awal, tersebar khabar yang beliau akan ditangkap malam ini, ditahan atas dakwaan kesalahan berkait dengan kerajaan sebelum ini.

Pada masa yang sama, melalui media sosial tersebar juga gambar Najib bersolat Terawih di Masjid Kampung Baru.

Sudah muncul persoalan sama ada pengumuman sifar GST itu dan serbu geledah rumah Najib itu dilakukan untuk mengalih tumpuan daripada Anwar.

Pada malam itu, seluruh media dan pengguna media tertumpu di Padang Timur, Petaling Jaya, tetapi tumpuan kemudian ditarik ke kediaman Najib.

Mungkin semua ini tidak dirancang begitu dan memang kerajaan baharu telah merancang pengumuman sifar GST petang semalam, dan polis telah merancang geledah rumah bekas perdana menteri pada malam permulaan bulan Ramadan.

Tetapi mereka yang boleh berfikir akan berfikir lebih-lebih lagi memandangkan banyak cerita lain yang didengari tentang saingan antara Mahathir dengan Anwar.

Melihat apa yang berlaku semalam dan juga sejak keputusan PRU14 diumum, dijangka suasana politik negara akan terus panas dalam beberapa hari dan minggu akan datang. – Mynewshub.cc

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Ditahan Jual Dadah Menerusi Internet

Next Post

Mahathir Kutuk Israel Atas Kematian Rakyat Palestin

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Mahathir Kutuk Israel Atas Kematian Rakyat Palestin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd