• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mula Masuki Pejabat Perdana Menteri

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memulakan tugas secara rasmi dari bangunan Perdana Putra di sini.

Beliau sebelum ini beroperasi di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sejak menerajui kembali tampuk pemerintahan negara setelah Pakatan Harapan dipimpinnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Tampil berpakaian sut hitam, beliau tiba pada kira-kira 8.25 pagi di lobi Perdana Putra dengan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Mahathir, 92, kemudian disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dan diikuti bacaan doa sebelum memasuki pejabatnya.

Beliau juga menandatangani surat memulakan tugas. Mahathir akan mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama selepas ini. Beliau kembali bertugas di Pejabat Perdana Menteri itu selepas 15 tahun.

Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia keempat sejak 1981 sebelum meletak jawatan pada 2003 setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia. – BERNAMA

Tags: JPMTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPM (Hal Ehwal Agama) Tegas Tolak New Age Movement, Siasatan Menyeluruh Dijalankan

JPM (Hal Ehwal Agama) Tegas Tolak New Age Movement, Siasatan Menyeluruh Dijalankan

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan pendirian menolak New Age Movement (NAM) serta mana-mana fahaman yang didapati...

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah FELDA perlu menjawab persoalan rakyat siapakah yang mengarahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd