• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. M Jangka Najib Akan Dikenakan Pertuduhan

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewengkan beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa melaporkan bahawa Dr. Mahathir berkata beliau tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

“Tidak akan ada rundingan,” kata Dr. Mahathir seperti dipetik daripada artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr. Mahathir berkata siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci tentang perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu,” katanya.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan US$681 juta dana 1MDB diimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.

Menurut laporan WSJ itu juga, Dr. Mahathir berkata beliau menjangkakan akan menerajui pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan mengejut yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Sebelum PRU14 diadakan, pemimpin berusia 92 tahun itu membayangkan beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara. Anwar, yang disabitkan kesalahan meliwat, akan dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh.

Dalam laporan WSJ itu, Dr. Mahathir berkata Anwar akan dibebaskan pada Rabu dan beliau menjangka, sebelum diserahkan jawatan perdana menteri, Anwar akan mengetuai satu daripada parti yang menjadi gabungan dalam parti pemerintah. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rusa Kepala Dua Tanda Kecacatan Hidupan Liar

Next Post

Anwar Sebagai PM Tak Akan Dibuat Secara Terburu-Buru

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Anwar Sebagai PM Tak Akan Dibuat Secara Terburu-Buru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd