• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor AS Berjaya Keluarkan Tumor Ovari 60kg

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMOR seberat hampir 60 kilogram (kg) dibuang daripada seorang wanita berusia 38 tahun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS), menurut dua doktor yang mengendalikan kesnya.

Pesakit yang enggan dikenali itu dilaporkan tumor tersebut mula membesar kira-kira 4.5kg seminggu pada November lalu.

Sebuah pasukan perubatan termasuk 12 pakar bedah membuang tumor tersebut melalui pembedahan yang berlangsung selama lima jam, 14 Februari lalu.

Menurut pakar onkologi dan sakit puan, Dr. Vaagn Andikyan yang mengetuai pembedahan yang dilakukan di Hospital Danbury itu, tumor yang dibuang itu berpunca daripada ovari kiri pesakit.

“Kami membuang ovari kiri, tiub (fallopian) kiri dan tisu peritoneal yang terjejas pada tubuh pesakit.

“Tumor pada ovari itu menjadi semakin besar dan ia jarang berlaku. Ia mungkin antara 10 atau 20 tumor sebesar ini yang dibuang di dunia,” kata Andikyan.

Menurut pengerusi obstetrik dan sakit puan di Jaringan Kesihatan Barat Connecticut, walaupun tumor itu secara teknikalnya adalah ‘benign’ dan tidak bersifat kanser, ia tidak merebak ke luar ovari pesakit.

Ia menekan saluran darah berhampiran dan boleh mengancam nyawanya.

“Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan tumor yang sangat besar di abdomen.

“Dia tidak boleh makan, berjalan, dan ada masalah yang berkaitan dengan potensi komplikasi dengan tumor yang besar menyempitkan sistem vena,” kata Chuang. – MSTAR 

** Sekadar Video Hiasan.. 

Tags: pembedahantumor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd