• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diana, Farid Lebih Selesa Luang Masa Dengan Anak

oleh
10/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN selebriti popular iaitu Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil mengakui lebih kerap menghabiskan masa di dalam rumah berbanding di luar.

Menurut Diana, dia dan suami lebih gemar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak berbanding menjadi perhatian ramai jika bersantai di tempat terbuka.

Malah katanya, peluang menikmati makan malam bersama di rumah sudah dianggap detik indah bagi mereka.

“Saya percaya menghabiskan masa di rumah lebih praktikal, privasi dan tiada gangguan. Jika kami keluar rumah, pasti ada memandang dan jadi tidak selesa. Sebenarnya, Farid adalah suami lebih intim dan pemalu.

“Andai pergi ke acara atau bersosial di luar, dia tidak boleh jadi diri sendiri. Hanya di rumah dia dapat menyerlahkan personaliti sebenar,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Diana, dia dan suami juga amat mementingkan mengenai keselesaan dan kebajikan anak-anak mereka sama seperti para ibu bapa yang lain.

“Mereka terlalu kecil untuk memikirkan masalah orang dewasa termasuk kontroversi melanda. Jadi kami mahu membesarkan mereka seperti anak yang normal,” katanya.

Namun yang lebih mengujakan, Diana sempat berkongsi anak sulungnya, Muhammad yang dipanggil Che Mad dihantar mengikuti kelas Matematik untuk menjana minda.

“Che Mad juga bermain bola sepak untuk kecergasan diri. Baik anak lelaki mahupun Aurora, kami juga pentingkan pemakanan yang sihat untuk tumbesaran mereka,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan untuk menambah zuriat, Diana memberitahu bahawa dia selesa dengan keadaan sekarang.

“Buat masa sekarang, biarlah saya membesarkan mereka berdua. Sebenarnya saya kasihankan Che Mad kerana pada usia tiga tahun lebih, dia sudah mendapat adik. Jadi, masanya bersama saya dan suami tak lama.

“Belum puas dia mendapat kasih sayang kami, hadir adik dan dia terus memikul tanggungjawab menjadi abang. Saya dan Farid tak mahu perkara itu jadi kepada Aurora.

“Biarlah ada jarak untuk mereka sama-sama menikmati masa berdua. Biarlah kemanjaan itu berpanjangan seketika,” jelas Diana.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datin Diana DanielleDatuk Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ujian Saringan Awal Air Kencing Farid Kamil Positif Ganja

18/12/2018
0

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian awal saringan urin pelakon dan pengarah Datuk...

Farid Kamil Farid Gagal Gugur 5 Pertuduhan Jenayah

16/10/2018
0

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd