• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Zuriat, Sarimah Ibrahim Rancang Buat IVF

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA kacukan Irish-Melayu, Sarimah Ibrahim mengakui bersedia melakukan proses perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat.

Ujar pengacara berusia 40 tahun itu, hasrat tersebut mendapat sokongan dan dorongan penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza yang turut menggunakan kaedah sama untuk menimang cahaya mata.

“Saya dan Siti ada berbincang mengenai perkara ini, malah dia turut berkongsi maklumat mengenai kaedah rawatan IVF. Dia juga menasihatkan saya supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Cepat atau lambat Tuhan berikan rezeki, tetap ada hikmah disebaliknya. Dari segi kesihatan, saya dan suami tidak ada masalah. Harapan saya, doa kami untuk mendapatkan anak sempena kedatangan Ramadan ini akan dimakbulkan,” katanya dipetik BH Online.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahu memperlahankan rentak kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada rumah tangga dan diri sendiri.

“Sebelum ini, saya memang kuat bekerja. Kalau boleh semua benda saya mahu buat. Selepas usia mencecah usia 40-an ini, fokus saya adalah mahu mendapatkan zuriat.

“Disebabkan itu, saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk berehat dan bersama suami,” ujarnya.

Sarimah berkahwin dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra disapa Tunku Jamie pada 2 April 2015. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sarimah Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MATTA Sambut Baik Langkah GST Sifar Peratus

Next Post

Nazmi Positif Latihan Sebelah Malam Di Bulan Ramadan

Related Posts

Sarimah Dedah Pernah Ditipu, Rugi RM40,000

23/05/2018
0

PELAKON dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim mendedahkan dia pernah ditipu sehingga mengalami kerugian berjumlah RM40,000 oleh sebuah pengilang produk tempatan....

“Memang Saya Tak Sabar Nak Timang Anak” – Sarimah

05/02/2016
0

PELAKON jelita, Sarimah Ibrahim yang bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin pada bulan April tahun lalu mengakui bahawa dia sememangnya menantikan...

Next Post

Nazmi Positif Latihan Sebelah Malam Di Bulan Ramadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd