• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dek Satu Foto, El Dituduh Punca Bella-Nazim Cerai

oleh
24/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU demi satu kontroversi melanda pelakon kecil molek Elfira Loy. Bermula dengan isu putus tunang bersama penyanyi Sufian Suhaimi, kini Elfira dituduh pula sebagai penyebab pasangan Bella Dally dan Nazim Othman bercerai.

Baca: Nazim Tak Mahu Komen, Bella Anggap Tiada Jodoh

Gadis berusia 24 tahun itu menganggap tuduhan itu sebagai satu perkara yang sangat mengarut walaupun dia sememangnya berkawan rapat dengan pasangan itu sejak dulu lagi.

“Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka,” kata Elfira ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Bukan sahaja peminat yang terkejut dengan berita penceraian itu, malah Elfira juga tidak menyangka mereka sudah berpisah dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media sosial sahaja.

Menurut pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu, foto yang diambil olehnya bersama Nazim itu ialah selepas mereka bercerai dan dia juga tidak menyangka bagaimana spekulasi murahan sebegitu boleh timbul.

“Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Elfira percaya bahawa kedua-dua sahabat baiknya itu pasti sudah berfikir panjang untuk meneruskan penceraian selepas berbincang sesama mereka.

Dakwaan mengarut itu telah ditimbulkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab selepas berita penceraian berkenaan dimaklumkan oleh Bella dan Nazim di akaun Instagram mereka pada 1 Ramadan lalu.

Akibat berita tidak disangka itu, ramai peminat dan rakan selebriti juga terkejut dengan apa yang terjadi serta mereka turut mendoakan kebaikan buat Bella dan Nazim di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Elfira LoyNAZIM BELLA CERAINetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd