• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Hina Mahathir Main Mahjong Di Neraka

oleh
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… DAP sentiasa hina Tun Dr. Mahathir Mohamad dari dulu hingga kini, namun hal ini tidak ganggu beliau yang rela dihina parti tersebut. Sememangnya beliau mengamalkan politik haiwan.

Sebaliknya tokoh blok pembangkang; yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu, ‘syok sendiri’ menyangka dapat sokongan kaum Cina antikerajaan khususnya ketika berceramah kutuk Barisan Nasional (BN).

Namun tanpa disedari, selain Hew Kuan Yau popular digelar sebagai Superman DAP, Mahathir turut dikutuk keras Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang terkenal dengan mulut celupar suka hentam pemimpin BN dan UMNO.

Menerusi satu rakaman video yang tular dalam media sosial, calon pembangkang di kerusi Parlimen Teluk Intan itu hina Mahathir seteruk-teruknya dengan meletakkan tokoh berusia 92 tahun itu di neraka bersama Lee Kuan Yew.

Kor Ming bahkan menggunakan ayat kasar terhadap Mahathir apabila biadab mengatakan konon perdana menteri Singapura yang pertama itu sedang sabar menunggu ‘di atas’ untuk bermain mahjong kerana tidak cukup pemain.

Sambil menunjuk gambar Mahathir di pentas, semua hadirin ketawa dengan ayat Kor Ming membayangkan tokoh PAP yang mengasaskan DAP selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965 itu; kini mahu bertemu Mahathir.

Ironi, Mahathir dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan tidak sedikit pun marah dihina sedemikian oleh DAP demi kuasa sehingga sanggup jadi alat kepada parti berkenaan yang jelas agenda rasis anti-Islam dan Melayu.

Tambah Kor Ming lagi dengan nada sinis berkata, “kita berdoa Mahathir jangan ‘mampus’ lagi, agar umurnya tetap panjang lagi. Pilihan raya umum pada kali ini adalah seumpama ‘konsert perpisahan’ bagi Mahathir sendiri.

“Kuan Yew hubungi Mahathir, tanya dia, kau bila hendak naik atas ni? Tapi ‘anak muda’ kita ini (Mahathir) pula kata mana boleh mampus lagi, aku ada satu benda lagi tak selesai. Apa benda tidak selesai? Jatuhkan BN dululah!”

Seterusnya boleh dengar kata-kata biadab Kor Ming dalam video di bawah dan fikir-fikirkanlah begitu dahsyat Mahathir dikutuk. Apa yang pasti, sungguh terdesak Mahathir sehingga sanggup dihina DAP sedemikian rupa.

Rakyat Malaysia harus tolak pakatan pembangkang diketuai DAP yang tidak peduli akan maruah manusia. Rakyat hanya sampah bagi pakatan terutamanya orang Melayu. Undi PKR = Undi DAP! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hew Kuan YauLee Kuan YewNga Kor Ming
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tanggung Beban Jika PTPTN Dihapuskan

Next Post

Waran Tangkap Calon PAS Sebab Gagal Bayar Nafkah

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

24/02/2024
0

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming,...

Next Post

Waran Tangkap Calon PAS Sebab Gagal Bayar Nafkah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd