• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma Poster Sementara, A. Aida Teruja Filem Pertama

oleh
01/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, poster filem Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan Ahmad Idham dikritik hebat netizen, kini giliran Datuk A. Aida pula terima nasib sama bagi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Namun menurut Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A. Aida, poster yang dikatakan tidak menarik itu hanya digunakan sebagai poster sementara serta bertujuan untuk diletakkan di atas skrip dan jemputan media sahaja.

“Poster yang dikatakan tidak menarik itu hanyalah poster sementara yang diletakkan di atas skrip yang sudah siap. Poster tersebut juga digunakan untuk ‘working title‘ serta jemputan media sahaja.

“Poster sebenar filem itu bakal guna rekaan KRU Studios dan Redzstone. Saya sangat serius dalam menerbitkan filem ini, sudah tentu semua perkara saya ambil berat, termasuklah poster,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Tambah Aida, dia akan memastikan semua persiapan untuk filem itu berjalan dengan lancar dan poster yang bakal disiarkan turut dalam keadaan baik sebelum dipersembahkan kepada penonton.

Lebih-lebih lagi apabila filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda merupakan filem pertama di bawah arahannya, ia semestinya membuatkan wanita berusia 47 tahun itu bersungguh-sungguh dalam menjayakan projek tersebut.

“Untuk memeriahkan lagi keadaan, saya juga mengadakan pertandingan cipta poster menerusi laman Facebook. Pemenangnya pula akan diberikan hadiah bernilai ribuan ringgit,” ujarnya lagi.

Filem tersebut akan memulakan penggambaran pada esok hari bertempat di Kota Tinggi, Johor dan ia juga bakal dijadikan sebagai sebuah karya yang terbaik untuk ditayangkan ke layar perak.

Sejak tahun 2013, Aida selaku pemilik rumah produksi A. Aida Production telah menerbitkan pelbagai drama dan telefilem bagi siaran televisyen tempatan.

Selepas menerima banyak pertanyaan daripada ramai peminat, akhirnya tahun 2018 merupakan tahun terbaik buat Aida untuk menerbitkan filemnya yang sendiri.

“Selama ini, saya belum dapat ilham untuk menebitkan filem. Apabila idea Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda muncul, saya terus menulis skrip tanpa henti dan apabila siap, saya yakin filem ini bakal menarik minat penonton,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, filem berkenaan bakal mengeluarkan belanja sebanyak RM3 juta serta akan menggunakan teknologi CGI (imej janaan komputer) sebanyak 10 peratus secara keseluruhan.

Bade Azmi bakal mengarahkan filem itu yang dibarisi oleh pelakon hebat antaranya ialah Nadia Brian, Amar Asyraf, Mas Khan, Putra Amaris, Fauziah Nawi, Eyra Hazali, Dayang Areeda, Raja Azmi dan Aprena Manrose. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: A. AIDAkala jengkingNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manifesto BN Teluk Intan Selari Keperluan Rakyat

Next Post

Pembangkang Fitnah Konsert Dangdut Nisfu Syaaban

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Pembangkang Fitnah Konsert Dangdut Nisfu Syaaban

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd