Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tiga ADUN Warisan Keluar...

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri...

Sarawak Tambah Jumlah Tanah...

KAPIT - Kerajaan Sarawak merancang untuk menambah jumlah rizab tanah komunal di negeri...

Redzuan Mahu Khalid Samad...

PETALING JAYA - Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional...

76 Polis Cedera Dalam...

HAMBURG - Lebih 76 anggota polis Jerman cedera akibat dibaling batu dan botol...

Cikgu Parthiban Yakin Dapat Rampas Kerusi DUN Ijok

KUALA SELANGOR – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K. Parthiban yakin akan dapat menebus kekalahan lalu sekali gus memenangi kerusi DUN Ijok pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), esok.

Kali ini Parthiban bersandarkan pendekatan ‘sentuhan peribadi’ selain bertemu pengundi secara bersemuka sebagai strategi untuk memikat 23,073 pengundi berdaftar terutamanya golongan muda di DUN itu.

“Saya belajar daripada kesilapan…saya telah kecundang untuk memperoleh kerusi DUN Ijok walaupun saya menaruh harapan tinggi yang saya pasti menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Saya akui kurang dekat dengan pengundi muda selain jentera parti yang ‘longgar’ telah memberi kesan kepada saya walaupun ketika kempen saya telah bekerja keras memenangi hati pengundi,” katanya kepada Bernama di sini.

Dalam PRU13, Parthiban tewas tipis iaitu dengan majoriti 297 undi dengan calon PKR, Dr Idris Ahmad.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berusia 49 tahun itu yang lebih mesra di sapa ‘Cikgu Parthiban’ itu berkata walaupun tewas, beliau tidak menjadikan itu satu penghalang untuknya terus turun padang membantu rakyat.

“Walaupun kalah…saya tetap turun bawah bantu rakyat sebaik mungkin sepanjang tempoh lima tahun ini. Saya penuhi hasrat golongan muda, berdamping dengan mereka selain pada masa yang sama saya perkukuhkan jentera serta perbaiki apa sahaja kelemahan yang ada,” katanya.

Dalam tempoh tiga tahun ini katanya, beliau telah bekerja lebih kuat bagi mengembalikan sokongan kaum India kepada BN dan MIC dan gembira dengan respon terhadapnya serta parti.


Parthiban berkata, pada pilihan raya umum kali ini kerusi DUN Ijok mempunyai potensi besar untuk menang berdasarkan gerak kerja parti komponen BN yang menyeluruh selain perpecahan gabungan pakatan pembangkang di kawasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah memasuki gear akhir dan telah memperhebatkan kempen untuk menambat hati pengundi, sebelum menjelangnya hari pengundian esok.

“Saya dimaklumkan berlaku perbalahan antara pemimpin pembangkang peringkat Ijok apabila calon yang dipilih dilihat tidak turun padang…ini mungkin beri kelebihan kepada saya.”

“Apa pun undian rakyat adalah penentu segalanya, saya telah buat yang terbaik…saya cuma boleh berdoa agar kejayaan berpihak kepada saya supaya saya boleh terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada PRU kali ini, DUN Ijok menyaksikan pertembungan empat penjuru antara K. Parthiban (BN) menentang Dr Idris Ahmad (PKR), Jefri Mejan (Pas) dan T. Kumaran (Parti Rakyat Malaysia). – BERNAMA

Kategori