• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Beserah Perjuangkan Kebajikan Nelayan

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Datuk Suhami Sulong, calon muka baharu yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bertekad untuk memperjuangkan kebajikan nelayan di kawasan itu jika memenangi kerusi itu.

Suhaimi, 47, yang juga Ketua Penerangan BN Indera Mahkota berkata beliau sudah mempunyai empat cadangan untuk membantu nelayan dan keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Masalah nelayan di kawasan ini berlarutan selama 10 tahun sejak di berada di bawah pembangkang. Jika diberikan kepercayaan untuk mewakili mereka, BN akan membantu segi penempatan, baik pulih kawasan tangkapan, kebajikan keluarga nelayan serta memastikan tidak ada keciciran berlaku kepada mereka” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Program Ramah Mesra Bersama Nelayan Pantai di Pasar Nelayan Balok di sini, semalam.

Program ini turut dihadiri Pengerusi Nelayan Kampung Balok Raja Haris Raja Salim, Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Balok dan Persatuan Nelayan Negeri, Tengku Adnan Tengku Husin.

Suhaimi berkata BN juga akan membantu dari segi meningkatkan kualiti kawasan tangkapan ikan dengan menambah tukun bagi memastikan nelayan mendapat hasil tangkapan yang lebih baik.

Mengikut rekod, terdapat seramai 300 nelayan di kawasan Beserah dan semua nasib mereka akan terus terbela di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui BN.

“Kita juga akan bantu nelayan supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil tangkapan sebaliknya, melibatkan diri dengan aktiviti hiliran lain supaya dapat menjadi sumber rezeki terutama ketika musim tengkujuh” katanya.

Pada PRU14, Suhaimi akan berdepan pertandingan tiga penjuru menentang penyandang kerusi Andansura Rabu (PAS) serta calon PKR Zulkifli Mohamed. – BERNAMA

Tags: Calon BNNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Pemimpin Berpengalaman, Komited Bela Kebajikan Rakyat – Asyraf Wajdi

Jalaluddin Pemimpin Berpengalaman, Komited Bela Kebajikan Rakyat – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

JELEBU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi DUN Pertang mengekalkan Datuk Seri Jalaluddin Alias sebagai...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd