Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Rimas Mak Nyah Tunggu...

ALOR SETAR - Kewujudan sebuah port mak nyah di Lorong Keretapi, dekat sini,...

Doktor Didenda RM10K Buat...

IPOH - Seorang doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

UMNO, DAP Enggan Ulas...

SHAH ALAM - UMNO dan DAP enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Yang di-Pertuan...

Cuba Bunuh Komando Dipercayai...

Melaka - Kes cubaan membunuh anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Terendak...

Cadangan Mansuh Akta Berita Palsu Akan Dibentang

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kementerian itu sedang menyiapkan dokumen yang diperlukan selain mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara dan pihak-pihak yang berkenaan sebelum mengemukakan cadangan berkenaan di Dewan Rakyat.

Mengakui tempoh penyediaan dokumen itu singkat sebelum sesi Dewan Rakyat bermula 25 Jun ini, Gobind menjelaskan bahawa akta itu tidak memerlukan masa yang terlalu panjang untuk disediakan.

“Ini bukan nak pinda atau bentang undang-undang baharu, ini adalah rang undang-undang untuk kita tarik balik undang-undang sedia ada…oleh itu, ia adalah lebih jelas dan mudah berbanding membentangkan satu rang undang-undang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan sulungnya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Gobind menjelaskan bahawa sebelum sesuatu akta itu ditarik balik, tiga perkara perlu dilihat terlebih dahulu termasuk sama ada individu ditangkap dan disiasat di bawah akta itu.

“Apa yang akan berlaku kepada siasatan itu…kedua, bila sudah ada orang kena tuduh di bawah undang-undang itu, apa yang akan berlaku kepada tertuduh dan ketiga, sekiranya undang-undang sedia ada tidak terpakai, adakah undang-undang lain boleh dipakai untuk kes-kes (di bawah undang-undang sebelum) ini,” katanya.


Bercakap mengenai kebebasan media seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Harapan, beliau berkata beberapa undang-undang akan dikaji semula untuk menjadikannya lebih relevan bagi operasi media hari ini.

“Kita ada undang-undang dan undang-undang itu sekarang membolehkan tindakan diambil sama ada sivil atau jenayah untuk laporan tidak benar dan sebagainya. Ada peruntukan dalam undang-undang sivil yang boleh membawa kepada tindakan saman, dan kita ada peruntukan dalam Kanun Keseksaan berkenaan fitnah dan lain-lain.

“Kita akan mengkaji undang-undang ini lagi untuk cuba dan menjadikannya lebih relevan bagi media masa kini. Itulah yang sedang dilakukan kementerian saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori