• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan ‘Live’ Piala Dunia 2018 Ke Kabinet

oleh AK-47
28/05/2018
dalam Politik, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini dan berharap akan mendapat jawapan segera.

“Saya akan bawa isu ini ke Kabinet pada Rabu dan saya harap kita akan dapat jawapan yang memihak pihak kita.

“Bagi saya, ini adalah satu daripada cara bagi kita mempromosi kembali RTM (Radio Televisyen Malaysia). Saya rasa kita perlu melakukannya, kita perlu meningkatkan bilangan penonton RTM.

“Ini acara antarabangsa. Pada saya, cukup penting supaya ia disiarkan secara langsung oleh RTM yang menjadi rangkaian televisyen rasmi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan pertamanya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Anggota Parlimen Muar yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman menyuarakan pendapat agar KKMM cuba mencari jalan untuk membawa siaran langsung Piala Dunia 2018 kepada peminat di tanah air.

Perlawanan bola sepak Piala Dunia adalah acara yang berlangsung empat tahun sekali dengan kali ini, Rusia dipilih sebagai tuan rumah.

Sebanyak 32 negara daripada lima konfederasi bola sepak akan berentap di 12 venue bagi merebut piala berprestij itu.

Sepak mula perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan diadakan pada 14 Jun membabitkan tuan rumah, Rusia, menentang Arab Saudi dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Luzhniki, Moscow, pada 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia). – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd