• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh, Kerat Kekasih Kerana Tidak Perawan

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Seorang peninju amatur bertindak membunuh teman wanitanya sebelum mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian selepas wanita itu menipu dia masih perawan dan curang dengan lelaki lain.

Satu rakaman kamera keselamatan yang tular menunjukkan detik-detik akhir mangsa, Yee-min Huang, 27, bersama suspek, Gary Chu, 28, menaiki tangga menuju ke apartmen lelaki itu yang terletak di daerah Banqiao.

Mangsa dipercayai dibunuh di kediaman itu sebelum mayatnya dipotong dan diletakkan di dalam tujuh beg sampah sebelum ditanam.

Mayat wanita itu ditemui ditanam di bawah pokok bunga pada 27 Mei lalu selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Sehari selepas itu, polis menemui mayat Gary dalam keadaan tergantung di atas sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya.

Polis juga menemui satu nota bunuh diri pada mayat Gary yang bertulis, “Dia bersalah pada saya.”

Sebelum mayatnya ditemui, Gary sempat menulis di Facebook memberitahu dia kecewa dengan Yee-min selepas wanita itu menipu dia masih dara dan curang dengan lelaki lain.

“Kami bertemu di laman mencari jodoh, Tinder. Dia menipu dengan memberitahu dia masih dara. Saya rasa terpedaya dan dikhianati selepas mengetahui dia menipu serta curang dengan lelaki lain yang ditemuinya di Tinder,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: kekasihkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd