• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Seri Bendahara Bukan Nak Aib Sesiapa – Adly

oleh Haris
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tujuan kerajaan negeri menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara menjadi lokasi kunjungan terbuka kepada orang ramai bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, tindakan tersebut diambil sebagai cara kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) melihat sendiri dan mengambil pengajaran dari maklum balas jujur rakyat yang melawati Seri Bendahara.

Ujar Adly, sejak keputusannya menjadikan Seri Bendahara sebagai lokasi terbuka untuk dilawati, ramai pihak membuat tanggapan bahawa beliau seolah-olah membalas dendam dan mengaibkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Isu ini disalah anggap oleh segelintir pihak. Bagi saya kebenaran melawat kediaman ini adalah bagi menghubungkan rakyat dengan pemimpin dan jika PH hendak ‘serang’ kerajaan terdahulu, bukan dengan cara itu.

“Sejak saya dilantik sebagai ketua menteri, banyak permintaan untuk rakyat datang ke Seri Bendahara dan kalau hendak dilayan permintaan itu saya rasa lima tahun pun tidak cukup dan cara yang paling cepat adalah saya buka kediaman rasmi ini untuk dilawat oleh orang ramai,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Sebelum ini, Adly yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 sejurus kemenangan PH di negeri itu pada pilhan raya umum yang lalu, mengumumkan bahawa kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka akan dibuka kepada orang ramai.

Seri Bendahara dibuka kepada umum selama sebulan mulai 15 Mei hingga 14 Jun depan dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan dilaporkan menerima kunjungan kira-kira 1,000 orang setiap hari.

Jelasnya, idea untuk membuka kediaman rasmi sebagai tontonan dan lawatan umum hadir selepas melihat langkah sama diambil Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menjadikan Istana Presiden sebagai lokasi lawatan.

Ujar Adly, tindakan presiden negara republik itu berbuat demikian tidak menimbulkan rasa benci rakyat terharap pimpinan terdahulu sebaliknya dianggap sebagai satu penghargaan daripada pemerintah kepada rakyat.

Adly turut membayangkan bahawa beliau dan keluarganya akan terus menginap di rumah pegawai kerajaan di Peringgit dan hanya akan menjadikan Seri Bendahara sebagai lokasi pertemuan bersama rakyat.

Dalam pada itu, Adly berkata dalam tempoh seminggu Seri Bendahara dibuka kepada umum, kira-kira 6,000 pengunjung telah hadir melawat kediaman rasmi pemimpin utama negeri itu.

“Jumlah 6,000 pengunjung itu cukup baik namun bagaimana rakyat menilai, jangan salahkan mereka ke­rana mereka akan membuat penilaian sendiri apabila me­lawat kediaman itu dan setiap maklum balas mereka (sama ada berlaku pembaziran atau tidak), itu hak mereka,” ujarnya.

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

31/03/2023
0

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd