• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budaya Samseng Pembangkang Ancam Negara

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Budaya samseng dan provokasi dibawa penyokong pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) boleh merisikokan perpaduan kaum di negara ini, kata Anggota Majlis Tertinggal UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata dibimbangi tindakan provokasi dan samseng sebegitu akan mendatangkan tindak balas pihak lain sekali gus mengundang bahaya.

Beliau percaya sikap samseng dalam kalangan penyokong pakatan pembangkang itu timbul hasil perlakuan pimpinan tertinggi mereka yang sering membangkitkan isu-isu yang mendorong pengikutnya bertindak di luar kawalan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan menggunakan bahan berasaskan getah di Kampung Paya Tateh di sini, hari ini, mengulas kes seorang warga emas patah tulang rusuk selepas ditolak sehingga jatuh dari pentas oleh individu dipercayai penyokong pembangkang dalam satu program MCA di Ayer Hitam, Johor semalam yang turut tular di media sosial.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera, berkata tindakan samseng penyokong pembangkang turut berlaku Bera, antaranya membuang bendera dan bahan kempen BN memaksa pihaknya membuat tiga laporan polis setakat ini.

Ekoran itu, beliau menggesa pimpinan pakatan pembangkang mengawal penyokong masing-masing agar tindakan provokasi itu tidak berlanjutan kerana dibimbangi mengundang tindak balas pihak yang tidak berpuas hati dengan perlakuan tersebut.

“Sepatutnya kita bertanding secara gentlemen, hebahkan apa yang kita boleh tawarkan, bukannya menjual budaya samseng yang boleh mengancam perpaduan,” kata Ismail Sabri.

Tempoh berkempen PRU14 masih berbaki tujuh hari, tamat pada 12.01 malam 9 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akaun Palsu Hina Agama, Aweera Buat Laporan Polis

Next Post

Tumbuk Jurujual, Pemandu Lori Didenda RM1,400

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Tumbuk Jurujual, Pemandu Lori Didenda RM1,400

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd