• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 12 Tahun Ini Cekal Galas Tugas Ibu

oleh AK-47
31/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USIANYA baru sahaja 12 tahun tetapi sudah pun menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa memasak, membasuh dan mengemaskan rumah setiap hari.

Nor Atikah Maisarah memikul amanah itu bagi menggantikan tanggungjawab seorang ibu dengan melakukan tugas berkenaan untuk bapa, Mohd Saidi Mohd Nor, 51 dan adik perempuannya, Nor Atikah Waheeda, 10.

Ditinggalkan ibu kandung sejak berusia enam tahun, dia sudah biasa dengan kerja rumah seawal usia lapan tahun lagi, malah tanggungjawabnya makin bertambah selepas bapanya terbabit kemalangan jalan raya pada Februari lalu.

Sepanjang Ramadan, Nor Atikah yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Mentuan di Kota Bharu, Kelantan bangkit seawal 3 pagi setiap hari untuk menyediakan juadah sahur untuk mereka bertiga.

Nor Atikah berkata, biasanya dia akan memasak beberapa jenis lauk iaitu ayam masak kicap, masak pedas, ikan singgang atau telur goreng, namun adakalanya hanya bangun panaskan lauk yang dibeli pada waktu siang.

“Kalau ayah ada duit, saya dan adik akan berjalan kaki ke pasar berhampiran untuk membeli ayam dan barang mentah untuk memasak tapi kerap juga kami hanya makan berlaukkan telur dan berkuahkan budu.

“Ketika ayah masih boleh bergerak cergas dulu, saya hanya bantu ayah memasak, namun sejak ayah sudah uzur dan tidak mampu sangat berjalan, saya ambil alih sepenuhnya tugas itu dengan dibantu adik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gertak Kechupu, Binjai.

Kesusahan hidup tiga beranak itu semakin dirasai selepas Mohd Saidi terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tangan kanannya mengalami gangguan saraf manakala kedua-dua matanya menjadi kabur.

Dalam kejadian itu, dia baru pulang mengambil dua beradik itu dari sekolah apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Sebelum ini, Mohd Saidi bekerja sebagai tukang rumah dengan upah sekitar RM700 sebulan, namun kini mereka hanya bergantung kepada belas ihsan sanak saudara dan sumbangan orang kampung yang datang menziarah.

Malah pada hari biasa, Nor Atikah Maisarah dan adiknya tidak membawa wang saku ke sekolah dan hanya mengalas perut dengan sarapan pagi menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sahaja.

Nor Atikah Maisarah berkata, untuk persiapan Aidilfitri yang bakal tiba, dia dan adiknya mendapat sumbangan dari guru sekolah mereka yang memberi baju raya.

“Cuma tudung dan kasut raya sahaja yang belum dibeli. Kalau boleh nak yang warna biru dan adik pula katanya nak kasut warna merah,” katanya.

Keluarga mereka dikunjungi Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melalui wakilnya, Hazira Ahmad Zaidi yang tampil menyumbangkan wang zakat menerusi program Kita Kongsi.

Selain itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Grand Riverview (GRV), Raja Rusmin Datuk Raja Mahmud yang turut menyerahkan sumbangan makanan serta lauk yang sudah dimasak pihak hotel untuk keluarga itu berbuka puasa dan bersahur.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini boleh menyalurkan ke akaun Bank Rakyat milik Nor Atikah Waheeda Mohd Saidi iaitu 22-105-134880-6. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakSumbangan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd