• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buat Apa Saya Nak Tanggung Dosa Orang Lain”

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pelakon, Fikry Ibrahim mengaburkan rambut Uqasha Senrose pada salah sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram milikya baru-baru ini terus menjadi tumpuan netizen.

Memetik mStar Online, Fikry menjelaskan dia berbuat demikian kerana kerana tidak mahu menimbulkan salah faham sekaligus enggan menanggung dosa orang lain.

Kata pemilik nama sebenar Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim itu lagi, dia juga tidak ambil pusing kritikan dilemparkan orang ramai mengenai tindakannya itu.

“Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham.

“Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu.

“Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba,” kata Fikry dipetik mStar Online.

2 more days!! RAHSIA HATI PEREMPUAN

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on May 12, 2018 at 12:15am PDT

Dalam pada itu, Fikry turut menegaskan bahawa dia masih berpegang teguh pada prinsip-prinsip hidupnya yang tidak mahu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya memang akan letak syarat tidak mahu melakonkan babak yang memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon wanita. Tak kisah kalau pihak produksi atau pengarah tidak boleh terima tapi saya tetap dengan prinsip itu.

“Saya akui ada drama saya berpegang tangan tapi ia salah faham pihak pengurusan saya yang terlupa nak beritahu perkara itu kepada pengarah,” ujar pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, difahamkan drama lakonan Fikry dan Uqasha bertajuk Rahsia Hati Perempuan sedang hangat ditayang di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam.

Selain dua selebriti tersebut, drama arahan pengarah terkenal, Michael Ang turut menampilkan pelakon, Hisyam Hamid dan Mira Filzah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: fikry ibrahimuqasha senrose
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amani Rasa Diri Belum Layak Pegang Jawatan FINAS

Next Post

Model Kembali Selepas Muka `Hancur’ Diserang Anjing

Related Posts

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

Eina Azman, Rebecca ‘Berperang’ Lagi

19/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kisah perbalahan dua selebriti, Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Al Islam kembali menarik perhatian peminat...

Next Post

Model Kembali Selepas Muka `Hancur' Diserang Anjing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd